ISTANBUL: Insiden kebakaran yang melanda sebuah resort di pusat peranginan ski popular Kartalkaya di barat laut Turkiye awal pagi ini mengorbankan 10 nyawa dan menyebabkan 32 lagi cedera. Kebakaran di Resort Grand Kartal setinggi 12 tingkat yang mempunyai pelapisan kayu itu dilaporkan tercetus kira-kira pukul 3.27 pagi (waktu tempatan). Penyiar swasta NTV berkata, tiga orang maut selepas terjun dari tingkap hotel. Resort itu terletak di atas banjaran gunung bersalji kira-kira…