Dewan Perwakilan AS sekat ICC isu waran tangkap Netanyahu

Dewan Perwakilan AS sekat ICC isu waran tangkap Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk menyekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai tindak balas kepada waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant berkaitan kempen Israel di Gaza.

Undian tersebut mendapat 243 sokongan berbanding 140 yang tidak menyokong ‘Akta Tindak Balas Mahkamah Tidak Sah’, di mana warga asing yang menyiasat, menangkap, menahan atau mendakwa warga AS atau negara bersekutu, termasuk Israel, akan disekat.

Seramai 45 anggota Demokrat bersama 189 anggota Republikan menyokong rang undang-undang tersebut.

Tiada anggota Republikan yang menentang rang undang-undang itu.

Undian Dewan tersebut, yang pertama sejak Kongres baharu diisytiharkan minggu lalu, mendapat sokongan ramai di antara anggota Republikan Presiden terpilih, Donald Trump untuk pemerintah Israel.

Pentadbiran pertama Trump mengenakan sekatan ke atas ICC pada 2020, sebagai tindak balas terhadap siasatan jenayah perang di Afghanistan, termasuk dakwaan penyeksaan oleh warga AS.

Sekatan tersebut ditarik balik oleh pentadbiran Presiden, Joe Biden walaupun Setiausaha Negara, Antony Blinken pada Mei tahun lalu memaklumkan bersedia bekerjasama dengan Kongres untuk mengenakan sekatan baharu ke atas ICC atas permintaan pendakwa mendapatkan waran tangkap bagi pemimpin Israel.-rREUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN