HARARE: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hilang selama lima hari di kawasan hutan simpan di utara Zimbabwe yang menjadi habitat binatang buas ditemui selamat selepas bertahan dengan memakan buah liar dan menggali air menggunakan kayu. Menurut laporan The Metro, Tinotenda Pundu dilaporkan tersesat selepas keluar dari kampungnya pada 27 Disember lalu. Dia dijumpai dalam keadaan lemah dan kekeringan di kawasan Taman Negara Matusadona, kira-kira 50 kilometer dari kampung…










