MADRID: Seorang suspek pembunuhan ditahan selepas perbuatan mencurigakan lelaki terbabit didedahkan dalam imej Google Street View. Gambar itu menunjukkan suspek sedang membongkok di belakang kereta Rover dipercayai memuatkan sebuah guni besar yang membonjol ke dalam but. Polis berkata, imej Google membantu membongkar siasatan mereka terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun, yang dilaporkan hilang sejak November 2023. Gambar itu diambil di Tajueco, yang mempunyai populasi 56 orang, di wilayah Soria di…










