Enam maut kebakaran di hospital swasta Chennai

Enam maut kebakaran di hospital swasta Chennai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI: Sekurang-kurangnya enam individu, termasuk seorang kanak-kanak maut dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah hospital swasta di Chennai, menurut polis dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian berlaku di City Hospital, Jalan Trichy, di mana mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah lif.

Mereka segera dibawa ke hospital berhampiran, namun disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Pegawai bomba yang tiba di lokasi berjaya menyelamatkan kira-kira 30 pesakit lain di hospital berkenaan.

Menurut Pegawai Daerah Dindigul, MN Poongodi, pihaknya telah menghantar pesakit yang terselamat ke hospital kerajaan dan swasta berdekatan untuk menerima rawatan.

“Kebakaran berlaku kira-kira dua jam dan semua pesakit berjaya dikeluarkan,” katanya kepada agensi berita ANI.

Siasatan awal polis mendapati punca kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas.

Rakaman televisyen menunjukkan asap dan api marak dari bangunan hospital itu, dengan trak bomba dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Insiden serupa berlaku pada November lalu, di mana 11 bayi maut dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Kolej Perubatan Maharani Laxmi Bai, Jhansi, Uttar Pradesh berpunca daripada kegagalan pihak hospital mematuhi cadangan audit keselamatan yang dilakukan lima bulan sebelum itu.

Pihak berkuasa kini menyiasat punca sebenar kebakaran dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuai. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×