WASHINGTON: Bank Dunia berjaya mengumpulkan hampir AS$24 bilion (RM106 bilion) untuk menyediakan pinjaman dan geran kepada negara termiskin di dunia, yang boleh dimanfaatkan bagi menjana rekod jumlah kuasa perbelanjaan berjumlah AS$100 bilion (RM442 bilion). Negara penderma komited menyumbang sebanyak AS$23.7 bilion (RM104.85 bilion) untuk menambah dana cabang pinjaman konsesi bank tersebut, yang dikenali sebagai Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA), menurut jurucakap Bank Dunia kepada AFP. Jumlah itu meningkat sedikit daripada kira-kira…










