GAZA: Serangan kejam Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin dan mencederakan 50 lagi orang awam yang berlindung di kawasan pejabat pos di tengah Semenanjung Gaza. Konflik yang berusia 14 bulan itu masih belum menunjukkan tanda-tanda akan terhenti, malah Israel dilihat semakin ‘galak’ melancarkan serangan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal serta pembebasan segera semua tebusan Rabu lalu. Serangan terbaharu itu memusnahkan…