Ukraine naik taraf dron murah dengan sistem AI

Ukraine naik taraf dron murah dengan sistem AI

DRON FPV dengan pelancar bom tangan mudah alih menjalani ujian penerbangan oleh Unit Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Tentera Ukraine, di wilayah Zaporizhzhia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine memperluas penggunaan sistem dron dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan secara domestik, untuk membolehkan mereka menyerang sasaran di medan perang tanpa perlu dipandu.

Pegawai kanan mendedahkan butiran baharu mengenai perlumbaan Ukraine menentang Russia untuk memanfaatkan automasi.

Sistem itu membolehkan dron murah yang membawa bahan letupan mengesan atau terbang ke sasaran, walaupun di kawasan dilindungi oleh gangguan isyarat, yang mengurangkan keberkesanan dron dipandu secara manual.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peralihan kepada penggunaan AI, terutama dalam pengesanan sasaran dan kawalan penerbangan dron, merupakan aspek penting perlumbaan teknologi sejak Russia melancarkan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022.

Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Kateryna Chernohorenko berkata, sistem dron tersebut digunakan secara khusus dalam operasi khas.

“Pada masa ini, terdapat beberapa penyelesaian di pasaran daripada pengeluar Ukraine… ia sedang dibeli dan dihantar ke angkatan bersenjata serta pasukan pertahanan lain,” katanya.

Sistem dron automatik mendapat permintaan tinggi dalam kalangan tentera yang mencari inisiatif untuk mengatasi penggunaan peperangan elektronik di medan perang.

Sistem perang elektronik mencipta kubah perlindungan di sekitar lokasi mereka dengan menghantar isyarat kuat yang mengganggu komunikasi antara dron dan juruterbang, menyebabkan mereka hilang kawalan dan gagal mencapai sasaran.

Sistem ini, dahulunya hanya digunakan untuk melindungi peralatan bernilai tinggi, kini menjadi ciri biasa dalam parit dan kenderaan yang digunakan oleh tentera untuk melindungi diri daripada ancaman dron pandangan pertama (FPV).

Dron kecil dan murah itu, kini menjadi senjata serangan paling biasa digunakan di medan perang, dengan kedua-dua negara meningkatkan pengeluaran mereka kepada jutaan unit setiap tahun.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN