MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu jarak jauh untuk menyerang sasaran di dalam Russia. Pentadbiran Joe Biden memberitahu Kyiv ia boleh menggunakan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) buatan AS untuk serangan terhad di dalam Russia. Sebelum ini, Washington enggan membenarkan serangan demikian kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi peperangan. Namun, perubahan dasar besar itu berlaku dua bulan sebelum Biden menyerahkan kuasa kepada Donald…










