ISLAMABAD: Parti bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, mengumumkan penamatan protes selepas pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran untuk menyuraikan penyokongnya yang menyerbu Islamabad, bagi menuntut pembebasannya. Jurucakap Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), Sheikh Waqas Akram dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menamatkan protes dibuat susulan tindakan keras polis yang mengakibatkan kematian beberapa penyokongnya. “Di bawah arahan rejim pencuri mandat, berpuluh-puluh anggota PTI yang tidak bersalah ditembak mati oleh senjata…









