Kemi Badenoch pemimpin baharu parti Tory

Kemi Badenoch pemimpin baharu parti Tory

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kemi Badenoch berjanji untuk memenangi semula pengundi yang menolak Konservatif selepas memperoleh kemenangan bersejarah dalam undian pemilihan kepimpinan baharu parti Tory.

Ahli Parlimen Saffron Walden berusia 44 tahun itu turut melakar sejarah menjadi wanita kulit hitam pertama yang dipilih untuk memimpin parti politik utama Britain.

Beliau menewaskan rakan sayap kanan, Robert Jenrick, 42, dengan kelebihan 12,418 undi selepas pemilihan diadakan untuk menggantikan bekas Perdana Menteri, Rishi Sunak yang mengetuai parti itu kepada kekalahan terbesar dalam sejarahnya pada pilihan raya umum Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam ucapan kemenangannya, Badenoch berjanji untuk memperbaharui parti Tory dan memberitahu penyokong yang bersorak bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan kerja keras bagi mengembalikan kuasa Konservatif.

Badenoch yang merupakan pemimpin Tory keenam dalam tempoh kurang sembilan tahun, kini berdepan tugas berat untuk menyatukan parti yang berpecah dan mengetuai pembangkang dalam kerajaan Buruh pimpinan Sir Keir Starmer.

“Konservatif perlu membawa kembali pengundi yang meninggalkan kami. Parti ini sangat penting untuk kejayaan negara kami.

“Tetapi untuk didengari, kita harus jujur. Kita mesti mengakui membuat kesilapan dan membiarkan standard kita tergelincir sepanjang 14 tahun terakhir dalam kerajaan,” katanya.

Badenoch memilih untuk tidak menetapkan dasar terperinci semasa kempennya, sebaliknya memfokuskan tentang usaha mengembalikan Konservatif kepada prinsip utamanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN