LONDON: Kemi Badenoch berjanji untuk memenangi semula pengundi yang menolak Konservatif selepas memperoleh kemenangan bersejarah dalam undian pemilihan kepimpinan baharu parti Tory. Ahli Parlimen Saffron Walden berusia 44 tahun itu turut melakar sejarah menjadi wanita kulit hitam pertama yang dipilih untuk memimpin parti politik utama Britain. Beliau menewaskan rakan sayap kanan, Robert Jenrick, 42, dengan kelebihan 12,418 undi selepas pemilihan diadakan untuk menggantikan bekas Perdana Menteri, Rishi Sunak yang mengetuai…










