PARIS: Israel bertegas untuk mengekalkan keupayaan menyerang Lubnan pada bila-bila masa sebagai sebahagian daripada syarat untuk mencapai gencatan senjata dengan Hezbollah. Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot berkata, syarat itu semakin banyak disuarakan dalam kalangan pegawai Israel. “Hari ini, kita mendengar suara di Israel yang menuntut agar negara itu mengekalkan keupayaan untuk menyerang pada bila-bila masa atau bahkan memasuki Lubnan seperti yang dilakukan dengan jirannya, Syria. “Itu tidak selaras dengan kedaulatan…