Wanita melecur teruk di muka selepas buat rawatan kulit

Wanita melecur teruk di muka selepas buat rawatan kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita di Britain mengalami kesan luka melecur tahap kedua dan parut kekal selepas menjalani rawatan kecantikan microneedling yang berakhir dengan insiden buruk.

Menurut laporan New York Post, Melia Nielsen, 24, menjalani prosedur microneedling iaitu kaedah mencucuk kulit menggunakan jarum kecil bagi merangsang kolagen dengan harapan untuk tampil lebih yakin tanpa solekan.

Nielsen yang bekerja dalam bidang kewangan di Lincolnshire, menjalani rawatan tersebut pada Julai lalu untuk memperbaiki tekstur kulit wajahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, beliau telah membelanjakan hampir AS$100 (RM438) untuk prosedur tersebut dan sudah menjalani satu sesi sebelum kembali untuk sesi kedua.

Malangnya, pada sesi kedua itu, Nielsen mendakwa ahli kecantikan tersebut bertindak melampaui had dengan merawat bahagian yang sama berulang kali sehingga menghakis lapisan pertama kulitnya.

“Pada masa itu saya sebenarnya mengalami pendarahan tetapi dia tidak memberi sebarang amaran,” kata Nielsen.

Beliau turut berkongsi ahli kecantikan itu hanya memaklumkan tentang pendarahan yang berlaku lima hingga enam hari kemudian melalui mesej.

Nielsen mengesyaki semasa dia mengalami pendarahan, pakar itu berulang kali membersihkan kawasan wajahnya dengan toner yang mengakibatkan luka bakar kimia.

Menurutnya lagi, walaupun pakar kecantikan tersebut memberi jaminan akan memantau perkara itu, Nielsen mendapati kulit di wajahnya mula mengeluarkan cecair dan membengkak.

Nielsen turut mendakwa penyedia rawatan tersebut cuba menyalahkan beliau atas insiden itu dan menawarkan perkhidmatan percuma sebagai pampasan, tetapi enggan menanggung kos perubatan yang perlu ditanggungnya.

Nielsen menyatakan rasa kesal kerana pernah mencuba rawatan itu dan menyedari beliau sebenarnya tidak memerlukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN