TAIWAN: Taiwan diletak dalam keadaan berjaga-jaga ekoran siri tembakan peluru berpandu di China, beberapa hari selepas Beijing mendakwa berjaya melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pertamanya. Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan semalam, pihaknya mengesan beberapa tembakan peluru berpandu bermula pukul 6.50 pagi kelmarin (waktu tempatan) di wilayah Inner Mongolia, Gansu, Qinghai dan Xinjiang, yang terletak kira-kira 2,000 kilometer dari Taiwan. Kementerian itu menjelaskan, latihan tersebut dilakukan Pasukan Roket China…