COLORADO: Seorang maut, manakala 12 lagi terperangkap dalam sebuah lombong emas terbiar di Colorado selepas lif yang digunakan mengalami kerosakan. Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 11 mangsa, termasuk dua kanak-kanak dan sekurang-kurangnya empat orang mengalami cedera ringan. “Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu lif sebelum mereka dapat dibawa keluar,” kata Sherif Jason Mikesell dari Daerah Teller kepada pemberita semalam. Beliau berkata, lif yang membawa pelawat ke dalam lombong emas…










