Penyeludup dedah operasi haram bawa pendatang Vietnam ke UK

Penyeludup dedah operasi haram bawa pendatang Vietnam ke UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang penyeludup Vietnam yang memasuki United Kingdom (UK) secara haram tahun ini dengan menaiki bot kecil, mendedahkan operasi memalsukan dokumen visa untuk puluhan warga negara itu yang merancang membuat lintasan serupa.

Lelaki hanya dikenali sebagai Thanh yang kini menuntut suaka UK memberitahu BBC, dia telah menghabiskan hampir 20 tahun dan seluruh kehidupan dewasanya dalam industri penyeludupan.

Lelaki itu mengakui pernah berada di penjara, mengetuai kumpulan yang bekerja di pantai utara Perancis dan mendakwa sudah membantu lebih 1,000 orang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyeberang Selat Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penjenayah itu bertemu wartawan BBC di lokasi rahsia untuk berkongsi maklumat terperinci tentang taktik industri penyeludupan antarabangsa.

Vietnam muncul pada bulan pertama tahun ini secara tiba-tiba dan tidak dijangka sebagai sumber tunggal terbesar pendatang yang ingin menyeberangi Selat Inggris ke UK secara haram dengan bot kecil.

Ramai pendatang Vietnam mendakwa perniagaan yang gagal dan masalah hutang menyebabkan mereka bertekad untuk mencari kerja di UK.

Langkah pertama mereka kebiasannya adalah memasuki Eropah dengan mengambil kesempatan daripada sistem visa kerja undang-undang di Hungary dan bahagian lain di Eropah Timur.

“Di sinilah operasi pemalsuan kami berlaku. Kami membantu mencipta kertas kerja palsu yang diperlukan untuk mendapatkan visa kerja yang sah.

“Saya tidak boleh mewajarkan tindakan yang melanggar undang-undang ini. Tetapi ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan,” kata Thanh dengan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN