Pekerja Boeing lanjut mogok, tolak tawaran kenaikan gaji

Pekerja Boeing lanjut mogok, tolak tawaran kenaikan gaji

PEKERJA mogok sambil memegang papan tanda protes berhampiran Boeing Field di Dewan Kesatuan Seattle di Seattle, Washington, pada 15 Oktober lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kakitangan Boeing di Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) bersepakat menolak tawaran kontrak terkini syarikat gergasi pesawat itu dan melanjutkan mogok yang berlangsung hampir enam minggu.

Persatuan Mesin dan Pekerja Aeroangkasa Antarabangsa (IAM) cawangan Seattle berkata, hampir dua pertiga pekerja menolak tawaran itu, termasuk kenaikan gaji sebanyak 35 peratus dalam tempoh empat tahun, tetapi tidak memulihkan pelan pencen yang dituntut oleh kebanyakan kakitangan.

Presiden IAM District 751, Jon Holden berkata, kesatuan sudah mencapai ‘kejayaan besar’ dalam rundingan, namun ia belum memenuhi tuntutan anggota.

“Pegawai kanan yang berpengalaman berdekad-dekad, ahli baharu dan anggota yang berbeza latar belakang semuanya menyokong antara satu sama lain.

“Keanggotaan ini akan terus bersama, merayu untuk kontrak yang sewajarnya buat mereka. Masih banyak perlu dilakukan dan kami akan berusaha untuk kembali berunding,” kata Holden dalam satu kenyataan.

Kira-kira 33,000 pekerja melancarkan mogok sejak pertengahan September apabila anggota kesatuan sekerja menolak tawaran Boeing untuk kontrak baharu selama empat tahun.

Tindakan mogok ini menghentikan operasi dua kilang Boeing di kawasan Seattle yang mengeluarkan 737 Max dan 777, menghalang syarikat itu daripada mendapatkan aliran tunai yang sangat diperlukan daripada perniagaan penerbangannya.

Rabu lalu, syarikat itu melaporkan kerugian suku ketiga lebih daripada AS$6 bilion (RM26 bilion).

Saham Boeing turun 1.76 peratus selepas keputusan selepas keputusan terbaharu, menambah kepada kemerosotan yang menyaksikan harga sahamnya jatuh hampir 38 peratus setakat tahun ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×