Israel sasar tiga kedudukan UNIFIL di selatan Lubnan

Israel sasar tiga kedudukan UNIFIL di selatan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tiga kedudukan yang dikawal pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di selatan Lubnan, semalam.

Menurut sumber PBB, salah satu lokasi yang menjadi sasaran adalah pangkalan utama UNIFIL di Naqoura.

Tiada kenyataan rasmi daripada UNIFIL atau komen segera daripada tentera Israel.

Terdahulu, Hezbollah memaklumkan kumpulannya menyasarkan sebuah kereta kebal Israel dengan peluru berpandu ke ia mara ke kawasan sempadan Ras al-Naqoura, sebelum menyerang pasukan rejim dengan peluru berpandu salvo ketika ia cuba menarik tentera cedera keluar dari kawasan tersebut.

Ahad lalu, UNIFIL menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti terkini tentera Israel berhampiran kedudukan pasukan pengaman di barat daya Lubnan.

UNIFIL tidak memberikan butiran lanjut, tetapi menegaskan aktiviti tersebut berbahaya dan tidak boleh diterima untuk menjejaskan keselamatan pasukan pengaman PBB yang menjalankan tugas seperti diamanahkan oleh Majlis Keselamatan.

Dalam surat bertarikh 3 Oktober kepada tentera Israel, UNIFIL membantah kedudukan kenderaan tentera dan anggota Israel yang berada terlalu dekat dengan kedudukan PBB, sekali gus membahayakan keselamatan anggota serta premisnya.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN