Bekas penyanyi One Direction, Liam Payne maut jatuh dari tingkat tiga hotel

Bekas penyanyi One Direction, Liam Payne maut jatuh dari tingkat tiga hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Bekas penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne ditemui mati di luar sebuah hotel di Buenos Aires selepas terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat tiga, lapor polis Argentina.

Dalam satu kenyataan, polis ibu negara berkata, mereka menerima panggilan kecemasan dari hotel di kawasan kejiranan Palermo selepas dimaklumkan tentang seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol.

Pengurus hotel itu berkata, dia mendengar bunyi yang kuat di belakang hotel dan apabila polis tiba, mereka mendapati seorang lelaki jatuh dari atas balkoni di dalam biliknya.

Pekerja kecemasan mengesahkan kematian penyanyi Britain itu, yang dilaporkan ditemui di bahagian laman di dalam hotel tersebut.

Payne dilapor mengalami keretakan pada bahagian tengkorak akibat terjatuh dari ketinggian yang dianggar antara 13 meter hingga 14 meter.

Tidak lama selepas berita kematiannya tersebar, kumpulan peminat berkumpul di lokasi kejadian dan berpelukan antara satu sama lain sambil menangis apabila anggota kecemasan mengeluarkan mayat penyanyi berusia 31 tahun itu dari hotel brkenaan.

“Saya sangat terkejut. Payne sentiasa baik dengan saya di laman Instagram. Dia adalah antara artis pertama yang saya bekerjasama. Saya tidak percaya dia sudah tiada,” kata penyanyi AS, Charlie Puth

Saluran muzik MTV, perkhidmatan penstriman Spotify dan penganjur anugerah muzik BRITS turut menzahirkan kesedihan di media sosial dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Payne.

Kumpulan One Direction mula mencipta nama pada 2010 apabila sekumpulan remaja iaitu Payne, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik muncul dalam program realiti Britain, The X Factor.

Pada 2016, anggota One Direction mengumumkan masing-masing mahu meneruskan karier secara individu, namun, tidak berpecah.

Pada 2 Oktober Payne dilaporkan menghadiri konsert Horan di Buenos Aires dan kedua-duanya turut menyiarkan video bersama.

Payne, yang menulis bersama beberapa lagu One Direction termasuk Night Changes dan Story of my Life sebelum ini bercakap secara terbuka tentang perjuangannya dengan kesihatan mental dan penggunaan alkohol ketika menghadapi tekanan kemasyhuran.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN