Akhbar The Washington Post enggan siar artikel sokong calon presiden AS

Akhbar The Washington Post enggan siar artikel sokong calon presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Akhbar The Washington Post mengumumkan tidak akan menyiarkan artikel menyokong calon presiden Amerika Syarikat (AS) dalam pilihan raya akan datang yang mencetuskan tindak balas dalam kalangan beberapa pekerja dan pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, William Lewis berkata, keputusan itu adalah usaha untuk kembali kepada akar umbi penerbitannya yang tidak menyokong calon presiden dan bertekad akan menamatkan amalan itu pada masa hadapan.

Tindakan berkenaan memecah tradisi berdekad-dekad akhbar itu yang menyokong calon dalam kebanyakan pilihan raya presiden sejak 1970-an, kesemuanya dari parti Demokrat.

Kepimpinan Washington Post Guild yang mewakili pekerja di akhbar itu berkata, mereka sangat gusar dengan keputusan itu dan melihat kekecewaan daripada pembaca setianya.

Portal Semafor melaporkan, dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman itu, kira-kira 2,000 pembaca membatalkan langganan mereka.

Dalam artikel beritanya sendiri mengenai keputusan itu, The Washington Post memetik dua sumber melaporkan, kakitangan halaman editorial telah merangka artikel pengesahan untuk calon Demokrat Kamala Harris tetapi tidak diterbitkan.

Memetik sumber yang sama, ia menambah bahawa keputusan untuk tidak menerbitkan artikel tersebut dibuat oleh pemilik akhbar itu yang juga Pengasas Amazon, Jeff Bezos.

“Kami menyedari bahawa keputusan ini akan dibaca dalam pelbagai cara, termasuk sebagai pengesahan tersirat terhadap seorang calon atau sebagai kutukan terhadap yang lain atau juga sebagai pelepasan tanggungjawab. Itu tidak dapat dielakkan.

“Kami tidak melihatnya seperti itu. Kami melihatnya konsisten dengan nilai yang sentiasa diperjuangkan The Washington Post dan apa yang kami harapkan dalam seorang pemimpin,” katanya.

Beliau menambah bahawa keputusan itu juga satu kenyataan jelas yang menyokong keupayaan pembaca untuk membuat keputusan sendiri mengenai siapa yang akan dipilih sebagai presiden.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×