Lima ditahan kes pembunuhan kanak-kanak di Banten - Utusan Malaysia

Lima ditahan kes pembunuhan kanak-kanak di Banten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Pihak polis berjaya menahan lima suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tragis seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Pantai Cihara, Lebak, Banten Khamis lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pandeglang, Hardi Meidikson Samula, mengesahkan lima individu tersebut terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki.

Menurut Hardi, motif penculikan dan pembunuhan ini dipercayai berpunca daripada masalah hutang antara salah seorang suspek dan ibu mangsa, yang merupakan peniaga barangan secara ansuran atau kredit.

“Salah satu motif adalah berkenaan dengan hutang piutang,” jelas Hardi kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Cilegon pada Ahad.

Hardi turut memaklumkan salah seorang suspek merupakan kenalan ibu mangsa, dan mereka pernah tinggal berjiran di kawasan sekitar Ciwaduk, Kota Cilegon.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan kesemua suspek bertanggungjawab atas kejadian tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×