BEIRUT: Pembunuhan pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah oleh tentera Israel dilihat bakal memberi impak besar bukan sahaja di Lubnan tetapi juga di seluruh rantau Asia Barat. Penganalisis berkata, kematian Nasrallah yang memerintah Hezbollah selama lebih tiga dekad turut memberi tamparan besar kepada kepimpinan kumpulan yang disokong Iran itu selepas berbulan-bulan berperang. Di tengah-tengah serangan udara berterusan dari Israel, kumpulan itu kini perlu menamakan kepimpinan baharu sementara rantau itu bersiap siaga…