Raja Jordan sambut cucu pertama - Utusan Malaysia

Raja Jordan sambut cucu pertama

HABIS PIX 1: RAJA Abdullah II mendukung cucu pertamanya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II menerima cucu pertama selepas Putera Mahkota, Putera Hussein Abdullah dan pasangannya, Puteri Raja Al-Hussein menerima puteri sulungnya semalam.

Menurut permakluman dikeluarkan pihak Istana Jordan, bayi tersebut dinamakan sebagai Iman.

Khabar gembira itu juga disampaikan menerusi akaun Instagram diraja Jordan yang menunjukkan pewaris Raja Jordan itu memangku sambil mengumandangkan azan pada bayi perempuannya.

Menerus hantaran di X, Raja dan Permaisuri Jordan, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, turut meluahkan kegembiraan mereka dengan kelahiran cucu pertama mereka.

Permaisuri Rania mengucapkan tahniah kepada pasangan diraja itu dan mendoakan kebahagian dengan cahaya mata tersebut.

Sebelum ini, Putera Hussein dan Puteri Rajwa berkahwin dalam satu majlis gilang gemilang pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun kelahiran itu tidak mengubah kedudukan senarai pewaris takhta Jordan apabila perlembagaan menetapkan lelaki sahaja sebagai pewaris.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN