Penerbangan batal, 4,000 warga Israel terkandas di luar negara

Penerbangan batal, 4,000 warga Israel terkandas di luar negara

PENERBANGAN ke Israel terjejas akibat pembatalan ke Tel Aviv, Israel.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS : Sebanyak 4,000 penduduk Israel terkandas di luar negara akibat pembatalan semua penerbangan ke Tel Aviv, Israel di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Hezbollah, demikian menurut media tempatan pada Ahad.

Penyiar awam Israel berkata, warga Israel menetap di luar negara yang terjejas telah menghubungi Kementerian Luar di Tel Aviv untuk memudahkan mereka untuk kembali ke Israel.

Disebabkan oleh ketegangan yang semakin memuncak di antara Israel dan Hezbollah, 15 syarikat penerbangan antarabangsa telah membatalkan sebarang penerbangan ke Tel Aviv sejak minggu lalu dengan beberapa syarikat telah bertindak menggantung penerbangan ke negara haram tersebut selama beberapa hari.

Sementara itu, penerbangan dari Tel Aviv menuju ke Eilat di selatan Israel juga terpaksa dibatalkan pada malam Sabtu dan Ahad berikutan keadaan keselamatan yang semakin tegang demikian menurut akhbar harian Israel, Maariv.

Ketegangan semakin memuncak di antara Hezbollah dan pembunuhan komander kanan pasukan tersebut, Fouad Shukr oleh rejim Zionis dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut pada 30 Julai lalu.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh juga telah dibunuh di Teheran pada hari berikutnya dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh rejim Zionis meskipun rejim tersebut tidak mengesahkan atau menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan tersebut.

Hamas dan Iran berikrar akan membalas dendam atas pembunuhan Haniyeh, manakala Hezbollah berjanji untuk bertindak balas terhadap pembunuhan Shukr.

Kebimbangan semakin memuncak apabila terjadinya peperangan antara Israel dan Hezbollah berikutan pertempuran di sempadan selama berbulan-bulan.

Ketegangan menghampiri kemuncaknya apabila Israel menyerang Gaza pada Oktober lalu sehingga mengorbankan nyawa hampir 39,600 penduduk Palestin.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN