Angka korban hujan lebat di China cecah 30 orang - Utusan Malaysia

Angka korban hujan lebat di China cecah 30 orang

PASUKAN penyelamat melakukan operasi bantuan di Zixing, China. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING : Sebanyak 30 terkorban sementara 35 yang lain masih hilang ekoran hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di tengah dan selatan negara ini, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, jumlah tersebut disahkan berdasarkan laporan awal oleh pihak berkuasa tempatan.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan,” jelas laporan itu.

Menurut Xinhua, sebanyak empat maut manakala tiga yang lain hilang di Zixing, selepas hujan lebat dibawa Taufan Gaemi yang melanda bandar di wilayah Hunan itu memaksa lebih 11,000 penduduk berpindah.

Stesen penyiar CCTV pula menyatakan, banyak jalan utama di Zixing tidak boleh dilalui termasuk berlaku gangguan bekalan elektrik dan komunikasi.

Dalam kejadian berasingan, tiga terbunuh di Yongxing, Hunan, manakala 15 yang lain maut akibat tanah runtuh di wilayah sama pada 28 Julai lalu.

Bencana itu berlaku ketika China berdepan kemarau dan cuaca panas di bahagian utara negara ini apabila bulan lalu mencatat rekod suhu terpanas dalam tempoh 60 tahun.

Pentadbiran Meteorologi China (CMA) melaporkan, suhu panas 23.21 darjah Celcius direkod bulan lalu berbanding 23.17 darjah Celcius pada 2017 di wilayah Guizhou dan Yunnan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×