13 maut banjir kilat di India - Utusan Malaysia

13 maut banjir kilat di India

HUJAN monsun menyebabkan banjir kilat di  Dehradun, utara India.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEHRADUN : Hujan monsun yang menyebabkan banjir kilat di Dehradun, utara India telah mengorbankan 13 nyawa, sehingga memaksa pengangkutan udara digunakan bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas.

Pegawai bertanggungjawab di ibu negeri Uttarakhand itu, Kumar Suman berkata kepada AFP, pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk menyelamatkan ratusan mangsa yang terkandas di Kuil Kedarnath yang terletak di sini.

Suman menambah, kuil itu kini menjadi tumpuan penganut Hindu yang ingin melakukan ritual keagamaan setiap tahun.

“Sebanyak 700 orang telah dipindahkan menggunakan helikopter. Kami turut membawa penganut Hindu yang mahu keluar masuk ke situ menggunakan pengangkutan udara berkenaan,” katanya.

Kuil Kedarnath yang terletak di pinggir Sungai Mandakini terletak pada ketinggian 3,584 dari paras laut, di kawasan pergunungan Himalaya.

Oleh kerana kedudukannya pada altitud tinggi, ia tidak dilanda banjir.

Sementara itu, di Kerala, selatan India, lebih 200 penduduk terbunuh minggu ini apabila tanah runtuh melanda kampung dan ladang teh.

Pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat walaupun harapan untuk menemui mangsa yang selamat amat tipis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×