BERLIN: Kanak-kanak berusia dua tahun dari Jerman mencipta kejutan dalam dunia seni dengan hasil lukisan abstrak unik menggambarkan haiwan yang dijual dengan harga AS$7,000 (RM32,947). Menurut The New York Post, perjalanan artistik Laurent Schwarz yang digelar ‘Mini Picasso’ bermula semasa percutian keluarga tahun lalu, apabila keterujaannya dengan bilik aktiviti resort itu yang mencungkil minatnya terhadap seni lukisan. Apabila pulang ke rumah, ibu bapanya menyediakan studio seni khusus untuknya di mana…










