Ular tumpang gerabak tren Jepun 

Ular tumpang gerabak tren Jepun 

PENUMPANG tren di laluan JR Yamanote di Tokyo mengalami kelewatan kerana seekor ular dikesan di dalam kereta api itu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lebih 2,700 penumpang tren di Jepun mengalami kelewatan apabila seekor ular dikesan menyelinap masuk ke dalam gerabak komuter tersebut.

East Japan Railroad Co. berkata, seorang penumpang kereta api JR Yamanote Line di Tokyo memaklumkan kakitangan di Stesen Shibuya, dia ternampak kelibat seekor ular di gerabak kelapan kereta api itu.

Kereta api itu diberhentikan di Stesen Komagome dan penumpang dipindahkan supaya kakitangan dapat mencari ular yang bersembunyi itu.

Bagaimanapun ular itu tidak ditemui dan kereta api tersebut kembali beroperasi selepas kira-kira 15 minit, tetapi penumpang dihalang memasuki gerabak kelapan di mana haiwan itu dilihat.

Kereta api tersebut meneruskan perjalanan ke perhentian terakhir di Stesen Osaki sebelum kemudian dibawa ke pusat penyelenggaraan di Wad Shinagawa untuk diperiksa secara menyeluruh.

Seorang pekerja akhirnya menemukan ular berukuran hampir20 sentimeter itu bersembunyi di bawah tempat duduk di dalam kereta api tersebut.

Haiwan itu diserahkan kepada polis, yang mengenal pasti ia sebagai ular tikus Jepun dan tidak berbisa.

Pegawai berkata, ular itu akan dilepaskan di alam liar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN