MOSCOW: Russia membuka kes jenayah terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan meletakkannya dalam senarai dikehendaki, lapor agensi berita negara TASS. TASS melaporkan, pangkalan data Kementerian Dalam Negeri Russia menunjukkan Zelenskyy berada dalam senarai dikehendaki tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Kementerian Luar Ukraine menyifatkan tindakan itu sebagai usaha terdesak Moscow selepas Presiden Russia, Vladimir Putin sendiri tertakluk kepada penangkapan di bawah waran Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). “Kami ingin mengingatkan anda bahawa,…










