Potret wanita dagu berlapis cetus kontroversi

Potret wanita dagu berlapis cetus kontroversi

POTRET Gina Rinehart yang dipamerkan di Galeri Nasional Australia di Canberra.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sebuah galeri seni Australia berdepan tekanan untuk mengeluarkan potret kontroversi seorang jutawan wanita yang turut mendapat perhatian atlet renang negara itu.

Lukisan wajah Jutawan, Gina Rinehart karya Vincent Namatjira kini dipamerkan di Galeri Nasional Australia di Canberra, sebagai sebahagian daripada koleksi potret satira bertajuk Australia in Colour.

Dengan dagu berlapis dan ekspresi luar biasa, lukisan itu menggambarkan wanita terkaya Australia dalam gambaran yang tidak menarik.

Rinehart membuat petisyen agar karya seni itu dikeluarkan dari galeri tersebut dan atlet Olimpik Australia, Kyle Chalmers dilaporkan turut menyertai beberapa bintang sukan yang menyokong rayuan tersebut.

Menurut Sydney Morning Herald, Rinehart membayar lebih daripada AS$40 juta (RM187.41 juta) sebagai tajaan kepada Swimming Queensland dan syarikatnya mempunyai skim sokongan yang membantu membayar gaji mereka.

Chalmers memberitahu wartawan bagaimana perbincangan mengenai potret itu mendominasi komunikasi di sebalik tabir pada kejohanan kebangsaan Australia bulan lalu.

“Saya berpendapat Rinehart layak dipuji dan dilihat jauh lebih baik daripada apa yang digambarkan potret itu. Tanpa tajaannya, kami sebenarnya tidak akan mempunyai apa-apa,” katanya. 

Chalmers dan Ketua Eksekutif Swimming Queensland, Kevin Hasemann dilaporkan sudah mengumpulkan 20 perenang Australia untuk berkempen menentang lukisan itu bersama satu lagi potret yang tergantung di galeri itu.

Dalam satu kenyataan awal minggu ini, galeri itu berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk mengadakan dialog mengenai koleksinya dan setiap karya yang dipaparkan hanya bertujuan memberi inspirasi untuk meneroka dan belajar tentang seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN