Lebih 100 maut tanah runtuh di Papua New Guinea

Lebih 100 maut tanah runtuh di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY: Lebih 100 orang dikhuatiri maut selepas tanah runtuh besar melanda kawasan pergunungan terpencil di Papua New Guinea.

Menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), bencana alam itu melanda ketika orang ramai sedang tidur, kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan), memusnahkan kampung Kaokalam di wilayah Enga.

Penduduk kampung berkata, jumlah yang terbunuh mungkin lebih tinggi, dengan video di media sosial menunjukkan penduduk tempatan mengeluarkan mayat yang tertimbus.

Gabenor Wilayah, Peter Ipatas memberitahu media, lebih daripada enam kampung terjejas akibat kejadian itu yang turut disifatkan sebagai bencana alam terburuk yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menyebabkan kerosakan besar.

Pasukan medik, tentera, polis dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikerah ke kawasan itu untuk menilai kerosakan dan membantu mangsa yang cedera.

Elizabeth Laruma, yang mengusahakan persatuan perniagaan wanita di Porgera, sebuah bandar di wilayah yang sama berhampiran lombong emas Porgera berkata, rumah-rumah diratakan apabila bahagian sisi Gunung Mungalo runtuh.

“Ia berlaku ketika orang ramai masih tidur pada waktu awal pagi hingga seluruh kampung lenyap,” katanya kepada ABC.

Tanah runtuh itu menyekat jalan antara Porgera dan perkampungan di sekitar gunung tersebut, menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan api dan barangan di bandar itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN