Jilat telur ayam demi rebut pampasan RM52,379

Jilat telur ayam demi rebut pampasan RM52,379

PASAR raya Zhiznmart di Yekaterinburg, Russia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Selepas pemilik rangkaian pasar raya Russia mengumumkan akan membayar 1 juta rubel (RM52,379) kepada setiap orang yang terbukti mengalami keracunan makanan daripada produk kedai itu, ramai yang tampil mencuba nasib.

Awal bulan ini, rangkaian pasar raya Zhiznmart yang berpangkalan di Yekaterinburg mendapat kecaman kerana didakwa menjual produk makanan terjejas yang menyebabkan 18 orang dimasukkan ke hospital.

Akibatnya, beberapa pembekal enggan bekerjasama dengan Zhiznmart kerana bimbang diaudit oleh agensi persekutuan Russia, Rospotrebnadzor yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan perlindungan pengguna.

Tertekan dengan reputasi yang tercemar, Pengasasnya, Ivan Zaichenko membuat kenyataan umum yang berani, berjanji untuk memberi pampasan kepada setiap orang yang terbukti diracuni oleh produknya.

“Setakat yang saya faham, Rospotrebnadzor dan hospital tempatan hanya dibanjiri dengan dakwaan keracunan makanan berkaitan Zhiznmart tanpa sebarang bukti kukuh.

“Orang ramai mengeluh tentang segala-galanya, tentang makanan disediakan beberapa hari lalu di kilang yang sudah diperiksa dan lulus semua ujian dan makanan yang mereka makan pada bulan April. Secara tidak rasmi, ini dikaitkan dengan pampasan yang dijanjikan sebanyak satu juta rubel,” kata Zaichenko.

Janjinya itu menjadi tular dan tidak lama kemudian, orang ramai cuba untuk terkena keracunan makanan di Zhiznmart demi mendapatkan pampasan tersebut.

Menurut saluran Baza Telegram, orang ramai berpusu-pusu membeli produk makanan Zhiznmart dengan harapan ia cukup tercemar, malah ada yang sanggup menjilat telur di pasar raya itu untuk meningkatkan peluang mereka mendapat keracunan makanan.

Bagi menghalang tindakan itu, Zaichenko kemudian menjelaskan mereka yang layak menerima pampasan tersebut hanyalah 18 orang yang sedang dirawat di hospital dan benar-benar disahkan keracunan makanan akibat produknya. 

“Sila ambil perhatian bahawa kami hanya akan membayar pampasan kepada kes yang dirujuk oleh siasatan Rospotrebnadzor.

“Mereka hanya terdiri daripada 18 orang, jadi tolong jangan jilat telur-telur itu kerana ia berbahaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN