COLUMBUS: Syarikat Throwflame yang berpangkalan di Ohio, baru-baru ini melancarkan Thermonator, anjing robot kawalan jauh yang dilengkapi penyembur api canggih di belakangnya. Lapor Oddity Central, Thermonator ialah robot penyembur api berkaki empat yang dibangunkan bersama pelontar api ARC Throwflame dengan jarak tembakan sekitar 9.14 meter. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tugasan termasuk pengurusan kebakaran hutan, kebakaran pertanian, penyingkiran salji dan ais serta kesan khas. Robot berkenaan awalnya diperkenalkan dalam video…










