Itik betina sambut hari jadi ke-17 

Itik betina sambut hari jadi ke-17 

ERNA itik pekin tertua di West Place Animal Sanctuary di Rhode Island.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah pusat perlindungan haiwan di Rhode Island mengadakan pesta luar biasa untuk meraikan hari jadi ke-17 seekor itik betina yang diselamatkan di bandar berkenaan.

The West Place Animal Sanctuary mengadakan majlis hari jadi pada Isnin lalu untuk Erna, seekor itik pekin jambul yang diselamatkan pada tahun 2007.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif West Place Animal Sanctuary, Wendy Taylor berkata, Erna bukan sekadar ‘pemastautin tetap’ di pusat itu tetapi haiwan berkenaan juga banyak meluangkan masanya menjaga berpuluh-puluh anak itik, angsa, ayam dan swan.

“Dia adalah seekor itik yang sangat istimewa dan naluri keibuannya bukan sahaja menyelamatkan nyawa tetapi juga memperkayakan kehidupan manusia dan haiwan.

“Erna banyak membantu kami menyelamat dan menternak anak-anak burung dan unggas di tempat perlindungan ini. Erna adalah sumber inspirasi dan kegembiraan yang berterusan,” kata Taylor kepada WLNE-TV.

Taylor turut berharap agar Erna diberi umur yang panjang dan dapat mencipta rekod dunia baharu kerana itik pekin jambul biasanya hidup sehingga kira-kira 12 tahun sahaja.

“Ini adalah peristiwa penting untuk Erna. Atas pelbagai sebab, haiwan ternakan tidak sering berjaya mencapai usia tua. Tetapi Erna sudah banyak menabur jasa dan kami sangat berharap dapat memberikan Erna hadiah terhebat untuk menjadi yang tertua di sini,” katanya.

Gelaran Rekod Dunia Guinness untuk itik tertua kini dipegang sepasang itik milik Gladys Blackbeard dari Grahamstown, Afrika Selatan yang hidup hingga umur 49 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN