TEL AVIV: Sistem Pengesanan Global (GPS) disekat di seluruh Israel bagi menghalang peluru berpandu dan dron dilancarkan ketika ketegangan meningkat dengan Iran. Lapor BBC, sistem GPS yang merupakan langkah pertahanan yang direka untuk menjejaskan sistem persenjataan pihak lawan mengalami gangguan di bahagian tengah Israel. Rakyat Israel juga dilaporkan tidak dapat menggunakan perkhidmatan aplikasi berasaskan lokasi di bandar utama seperti di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis yang jauh dari zon pertempuran aktif. …










