JAKARTA: Sekurang-kurangnya 800 orang di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia dipindahkan selepas letusan Gunung Berapi Ruang memuntahkan awan lahar dan abu ke langit. Gunung berapi itu, yang terletak di pulau Ruang kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Manado meletus lebih tiga kali sejak semalam. Pegawai Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari berkata, pihak berkuasa meningkatkan amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti gunung…