Aksi Spiderman dalam tren di India  

Aksi Spiderman dalam tren di India  

AKSI seorang penumpang kereta api India memanjat pemegang untuk ke tandas.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Aksi lucu seorang penumpang kereta api yang penuh sesak di India merangkak bagai ‘Spiderman’ untuk ke tandas tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam klip pendek itu, lelaki berkenaan dengan mahir memanjat di atas pemegang besi dan tempat duduk yang penuh sesak untuk sampai ke tandas. 

Lapor NDTV, walaupun ramai menganggapnya sebagai satu jenaka, situasi itu menggariskan cabaran besar yang dihadapi penumpang harian semasa waktu sibuk.

Video yang dirakam oleh pengguna Instagram, Abhinav Parihar mendedahkan keperluan untuk penyelesaian kepada kesesakan di Kereta Api India. 

“Aksi Spiderman menuju ke tandas. Jelas sekali kereta api India bukan untuk golongan penumpang amatur,” komen seorang warga net.

Awal bulan lalu, video serupa muncul di internet menunjukkan penumpang terpaksa bersesak di stesen kereta api Ujjain Junction selepas ramai cuba memanjat memasuki koc melalui tingkap tanpa tiket sah.

Ramai penumpang mengadu tindakan itu menjadi punca utama kesesakan dan menyebabkan pembeli tiket terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN