EDINBURG: Seorang selebriti psikik dilaporkan membeli sebuah anak patung menyerupai kanak-kanak namun ia dianggap menyeramkan selepas didakwa matanya bergerak mengikut gerak geri manusia. Lapor Sky News, Deborah Davies membeli anak patung dikenali sebagai `Annabelle’ dari kedai amal St Columba’s Hospice di Morningside, Edinburgh. Bintang Unexplained: Caught on Camera itu memberitahu Annabelle merupakan antara patung terbaharu dalam 60 koleksi anak patung berhantu miliknya. Davies membayar sebanyak 220 pound (RM1,318) untuk mainan…










