COCHIN: Sebuah sekolah di Thiruvananthapuram, Kerala di India mengambil langkah revolusioner dalam pendidikan dengan memperkenalkan guru teknologi kecerdasan buatan (AI) bernama Iris. Dibangunkan dengan kerjasama Makerlabs Edutech, Iris merupakan robot humanoid yang pertama di Kerala dan mungkin di negara itu. Lapor Oddity Central, inovasi itu dicipta oleh Sekolah Menengah Tinggi KTCT, sebuah inisiatif Amanah Kebajikan Kaduvayil Thangal. Iris adalah sebahagian daripada projek Atal Tinkering Lab (ATL), inisiatif NITI Aayog 2021…









