WASHINGTON: Satu peraturan ditetapkan dalam rang undang-undang pembiayaan Amerika Syarikat (AS) yang diusulkan oleh pemimpin Kongres dikatakan bakal menyekat China membeli minyak daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR). Penggubal undang-undang memperkenalkan puluhan rang undang-undang untuk menangani persaingan dengan kerajaan China. Isu penjualan minyak rizab AS itu kepada China menjadi hangat selepas Presiden AS, Joe Biden pada 2022 mengumumkan penjualan 180 juta tong minyak SPR untuk mengawal harga petrol yang melonjak selepas…










