Operasi koridor maritim Cyprus Gaza dijangka bermula

Operasi koridor maritim Cyprus Gaza dijangka bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Ketua Suruhanjaya Eropah (EU), Ursula von der Leyen mengesahkan koridor maritim dijangka mula beroperasi antara Cyprus dan Gaza pada hujung minggu.  

Ia dilihat sebahagian langkah mempercepatkan usaha Barat untuk menangani krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah Palestin yang dilanda konflik. 

Kenyataan von der Leyen dibuat sehari selepas Presiden Joe Biden mengumumkan pasukan tentera negara itu akan membina sebuah pelabuhan sementara di pantai Mediterranean, Gaza bagi memudahkan lebih banyak bantuan kemanusiaan memasuki wilayah itu melalui jalan laut.

Menurut beliau, pelabuhan sementara itu akan meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dengan ratusan muatan trak tambahan setiap hari.

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa satu perempat daripada penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.

Menurut von der Leyen, koridor maritim akan membolehkan jumlah besar bantuan dihantar ke Gaza. 

Katanya, ujian perintis misi bantuan makanan yang dikumpulkan oleh pertubuhan amal dan disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka meninggalkan Cyprus dalam masa terdekat.  

“Kami melancarkan koridor maritim Cyprus ini dengan kerjasama EU, UAE dan AS.

“Kini, kami sangat hampir membuka koridor maritim ini, mudah-mudahan  pada Ahad,” katanya kepada pemberita selepas melawat kemudahan di Larnaca, Cyprus.

Sebelum ini, pegawai AS berkata, pembinaan jeti sementara dicadangkan oleh Biden boleh mengambil masa beberapa minggu. 

Sementara itu, hospital di utara Gaza melaporkan isu kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Justeru, PBB memaklumkan langkah membuka lebih banyak laluan darat  harus kekal menjadi keutamaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×