BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau tidak akan menghantar delegasi ke Washington seperti yang dirancang sebelum ini selepas Amerika Syarikat (AS) mengelak daripada memveto cadangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata di Gaza. Netanyahu mendakwa kegagalan Washington untuk menyekat cadangan itu adalah pengunduran yang jelas daripada kedudukan mereka sebelum ini dan boleh menjejaskan perang terhadap Hamas serta usaha membebaskan lebih 130 tebusan yang masih…










