TULSA: Seorang wanita warga emas Oklahoma berusia 100 tahun baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke-25 dengan meriah Khamis lalu kerana dilahirkan pada tahun lompat 1924. Mary Lea Forsythe turut mendapat pengiktirafan dan sijil khas oleh Centenarians of Oklahoma dan bandar Sand Springs bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-100 pada tarikh istimewa 29 Februari yang hanya singgah empat tahun sekali. Forsythe berkata, keluarganya masih mengadakan sambutan hari jadinya setiap tahun…










