NICOSIA: Kapal kargo kedua membawa bantuan makanan ke Gaza sedang bersedia untuk berlayar dari Cyprus, ketika kapal pertama dalam percubaan perintis penghantaran maritim menghampiri wilayah Palestin yang terkepung itu. World Central Kitchen (WCK) berkata, anggotanya sedang memuatkan sebuah kapal di pelabuhan Larnaca dengan 300 tan bantuan makanan termasuk kekacang, tuna dalam tin, sayur-sayuran, beras dan tepung. “Palet kami harus disaring dan dimuatkan menjelang penghujung waktu Cyprus,” kata WCK dalam satu…










