WASHINGTON: Beberapa kabel komunikasi dasar laut di Laut Merah dilaporkan telah `dipotong’ sehingga menyebabkan gangguan ketara pada rangkaian telekomunikasi. Berdasarkan kenyataan dari sebuah syarikat telekomunikasi dan pegawai Amerika Syarikat (AS), kira-kira 25 peratus aliran trafik data antara Asia dan Eropah terjejas. Lapor BBC, firma telekomunikasi berpangkalan di Hong Kong, HGB Global Communications memaklumkan pihaknya mengambil langkah mengubah laluan trafik selepas empat daripada 15 kabel bawah laut itu dipotong baru-baru ini.…










