THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk dua komander tertinggi Russia atas tuduhan melakukan jenayah perang di Ukraine. Lapor BBC, Sergei Kobylash dan Viktor Sokolov yang masing-masing merupakan leftenan jeneral tentera dan laksamana tentera laut antara dua pegawai kanan yang dinamakan oleh ICC. Menurut ICC, waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas mendapati wujudnya alasan munasabah untuk mempercayai bahawa kedua-dua suspek bertanggungjawab atas serangan peluru berpandu terhadap infrastruktur elektrik…










