PORT AU PRINCE: Kerajaan Haiti mengisytiharkan darurat dan melaksanakan perintah berkurung selepas serangan besar yang diketuai kumpulan penjenayah meletus pada hujung minggu lalu. Situasi itu turut menyaksikan ribuan banduan melarikan diri selepas serangan ke atas dua penjara terbesar di negara itu. Lapor Al Jazeera, darurat selama 72 jam berkuat kuasa serta merta di Haiti. Malah, kerajaan menegaskan akan berusaha mencari pihak melakukan jenayah termasuk membunuh dan menculik yang berjaya melarikan diri dalam serangan itu. Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 5 pagi (waktu tempatan). “Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya