RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menamakan Dr. Mohammad Mustafa, sekutu dan tokoh perniagaan terkemuka sebagai Perdana Menteri baharu dengan mandat untuk membantu reformasi Pihak Berkuasa Palestin (PA). Lapor agensi berita WAFA, pelantikan Mohammad dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat untuk merombak dan menghidupkan semula badan pentadbir wilayah Palestin dan memperbaiki tadbir urusnya di Tebing Barat di mana ia berpusat. Mahmoud kekal sebagai tokoh paling berkuasa dalam PA, tetapi pelantikan kerajaan…










