LONDON: Polis melancarkan siasatan selepas sebuah lukisan menampilkan potret seorang ahli politik yang dikaitkan dengan penubuhan negara haram Israel, dirosakkan. Lapor BBC, kumpulan Palestine Action mengakui salah seorang aktivisnya bertindak `merosakkan’ lukisan Lord Balfour di Kolej Trinity, University Cambridge. Menurut kenyataan dimuat naik di laman sesawang Palestine Action, lukisan dihasilkan pada 1914 itu dikoyakkan dan disembur cat merah. “Palestine Action merosakkan lukisan dihasilkan Philip Alexius de László yang memaparkan potret…










